السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat petang (: Masa Al Khayr...
Hmmm..harini dah genap seminggu dalam bulan Syawal which ic 7 Syawal..Dan aku telah pun mula meneruskan perjuangan aku ni UiTM ni sejak 3 hari lalu.Hmm,tak sangka 4 Syawal menjadi hari terakhir aku dikira sebagai beraya "sakan".Hmm,sakan ke ?Alhamdulillah..berbanding dengn kebanyakan kawan-kawan aku yang lain,raya diorang dikira tak berapa seronok kerana ada yang kata :
"aku tak raya memana pun,situ gaktempat aku,aku lahir kat situ,rumah kat situ,kampung Mak Ayah pun kat situ.."
Bagi diorang tak adventour la..Hmm,sesungguhnya aku bersyukur kerana ada Mak Ayah yang berkampung halaman di berlainan negeri.Sekurang-kurangnya setahun sekali tu dapatlah aku menjelajah dunia"..Hehehehe* Abah Johor,Mama Negeri Sembilan..Apokan bezo duo nogori ni ? "Jowo and Minangkabau"---> Minangkobau :p ...
Apa erti raya aku tahun ni ?
Start dari aku balik dari kampus ni..Hmm,puasa kurang seronok tanpa bermain bunga api dan mercun.Walaupun aku dah basau..nak jugak main bunga api :) .. Hmm,aku just duduk dalam rumah,Online,selak membelek assignment tu..Kang sodeyh kang den tak sontoh assignment tu..Hmm..aku hanya mampu mendengar bunyi mercun berdentum dentam...At the same time,rumah pun tak berkemas..Malam raya tu barulah pasang langsir...At least kira bersyukur sebab Mama Abah still mampu tukar langsir baru even tak cat baru perbaot baru dan sebagainya...sekurang-kurangnya ada sesuatu" yang baru.Malam tu,dengar takbir dekat TV,dekat masjid pun aku still tak rasa apa-apa..Selalunya aku akan rasa sedikit sayu hati.. #Tasteless
Pagi Raya..
Macam tu jugak...tapi tahun ni lain sikit,time sesi nak bermaaf-maafan,,serious aku rasa nak nangis,tapi tak sampai hati nak tunjuk ke-gembengan aku tu :p ..dan...kali ni,ucapan aku panjang.. Lagi satu,palingg x seronok bila tak dapat nak bergambar -..- Tak tahu kenapa tahun ni x excited langsung nak amik gambar..
Dalam tengahhari tu,gerak la ke Kampung Halaman Abah,di Machap,Spg. Renggam.sepanjang haritu aku telah membuang masa tanpa menyentuh sedikit pun assgmnt.Balik2 rumah dah penat..mana nak sentuh..


Raya ke-dua..
Beraya di area Kluang,which is Batu Pahat,area "Parit' tu semua lah..Hmm,lagi sekali sedih sebab x dapat duit raya :'( boleh kira dengan jari berapa buah rumah yang dapat.. Saya still belajar,so saya still berhak dapat duit raya k . :/
Raya ke-3

Menuju ke negeri kelahiranku..Negeri Sembilan..
Satu lagi babak sedih,sayu dan hambar..
menghabiskan sehari-suntuk dengan kesesakan lalu lintas si Lebuh Raya Utara-Selatan (: ..
Sampai-sampai je dah gelap.Sudah malam sihh...Balik2 apa lagi..penat.mari bam bamm.. dan,income aku haritu 0-0 . hoho.Hmm,berita yang menyedihkan buat aku.Aku kena terus kuat..sampai2 je Somban,wawa (uwan den) terbaring je atas katil,tak bangun pun,hanya mampu buka mata dan cakap pun sikit2 je.Hmm,wawa kena ulcer..saat tu aku sedar..wawa da 86 tahun..aku dah tak boleh nak harapkan kasih-sayang dia lagi..bertahun sejak aku lahir..wawa selalu tolong aku...ajar aku macam-macam..Wawa ...selalu pesan... "Belajar rajin2 kak..Ingat Mak Abah kau..nanti wan dah takde sapo laie nak tolong kau.." ..Setiap kali aku ingat,aku rasa nak nagis........
Raya ke-4
Beraya di Seremban..Hmm,tahun agak hambar sebab tak dapat singgah beraya di area-area kampung which is my "tanah tumpahnya darahku" , Kuala Pilah N9.. Sad ! Sayu hati *sobs sobs* ..Lebih kurang lepas Zuhor tu,bergegas-gegas kemas barang..Mama,Mila,Ika,Dek Ajib tak dapat hantar aku sampai kampus..diorang nak temankan wawa,tengok2 wawa dalam 2-3 hari ni...Aku sedikit terkilan..baru nak tunjuk Mak bilik aku,locker aku..barang2 aku..aku nak cakap semua ok kat sini ma... Hmm,hanya Abah yang hantar aku..sampai ke depan bilik..Time nak gerak tu,Abah cium dahi aku..aku rasa nak nangis.lagi2 bila teringatkan gigi abah yang dah 2-3 batang hilang dan tanggal satu persatu..
Apa-apapun,,aku tahu ada hikmah disebalik semua ini ...
Taken by Milot. Ala alaa studio katanyaa .hahah Selamat Hari Raya..
xoxo @Sydalina

No comments:
Post a Comment