28 December 2012

#Wordless


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hai guys.Bonjour ! Hello ! 

*.
Hari - hari sebagai #Teens #Jober #Server #Friends #Daughter #Sister diteruskan seperti biasa...Aku nampak perubahan pada diri aku.Wajah aku.Tapi apa yang aku nampak ni,tak semestinya orang nampak.Aku rasa aku dah start nak Gemuk.*If I could see perception of people on me.Hmmm.*
Dah nak habis makan baru terfikir nak snap ;p
#Day without rice and roasted chicken .RoundUp Platter side dish.
Hari-hari makan ayam.Hari-hari makan nasi.Hari-hari minum soft drink.
Setelah 3minggu ni,baru lastnight aku rasa nak tukar selera.Asik ayam nasi je.Kali ni aku makan pasta.*Garden pasta Salad *Macaroni and cheese *Coleslaw . *Coleslaw ni dah biasa makan kat KFC.

Cuti je aku ajak mereka keluar.Lama tak jumpa.Lama tak say Hi Hi Bye Bye.Lama tak ketawa sesama.Lama tak belanja sesama.

Zulaika a.k.a Zue Kecik memang.Dia ni alah sikit dengan gadget bernama Kamera.Bagi dia kamera ni virus *IWonder.

C C 
xoxo @Sydalina

27 December 2012

Kak Halawa #KrrCrew.

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Kira-kira dah lebih seminggu aku melepaskan title "pengganggur" . Hidup sebagai mantan penganggur memang banyak cabarannya.#MacamLamaJeTitleTu .Kini,aku sudah bekerja.Dah ada kerja sendiri.Dah kena buat semua benda sendiri.Pegang duit kat tangan sendiri *BelumSah.Semua sendiri. #Alone #SadLife #Independence #Young #Matured #ItsAllAboutChill Yooooo ~ *ayat Kak Maria Elena . Memang chill sangat.Ok.straightttttt.Sepanjang aku bekerja ni,ada seseorang yang banyak bantu aku.Beri aku tunjuk ajar.Tegur salah sila aku dengan cara yang rasional.It's Kak Hawa.
Tak berpeluang langsun' nak bergambar dengan dia . #HustleBustleLife.
2 Hari lepas.Aku balik lebih kurang 9 malam.Dia dah lama balik.Cuma haritu dia saja balik lambat-lambat.Saja OT agaknya.So,that time balik tu,aku cuma minta dia hantar ke busten.Tapi,,tapi bus T6 n Belitong x do.And time tu,aku x de topup nak tipon abah.Dan time tu,dia macam rajin je nak hantar aku.Sekalidah sampai Simpang Econsave,mama tipon , last2 abah jeput.So,aku minta dia stop kat restoran Homa.Sekali tu,abah ajak ngeteh.*Abah memang suka ngeteh.Sekali tu Abah belanja Kak Hawa.and berbula macam-macam pasal aku....Zzz -________-

#Sedih #SadLife . 6 January ni dia kena Relief kat JB,sebab dia orang lama.Jadi..jadi...hari-hari aku bekerja tanpa dia pasti suram . .. :p

xoxo @Sydalina

24 December 2012

Wordless Monday

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Sweet couples . Ahaaaaks XD

Segalanya yang berlaku dalam hidup aku begitu pantas untuk dinikmati.Segala-galanya sudah berlalu.Semua yang aku plan mahupun yang aku tak plan , semua dah lepas.Tarikh itu..Masa itu..mengingatkan aku...
Bulan ni je aku dah boleh lupa birthday Zue.Sorry Zue.Aku tak de hadiah untuk kau.Nanti InsyaAllah kalau ada duit lebih aku dapat gaji nanti aku akan belanja kau.Insya-Allah ye..

Mereka kata aku dah kurus.Ahaksss.Kurus ke ?Ada yang jelas ...wajah aku nampak penat.Mereka kata wajah aku nampak tak bermaya.Mungkin sebab bekerja.Hmmm.maybe ;'D
Cerita pasal kerja..mak abah dah mula tegur.Mereka kata aku tak penat ke?Tak rasa rugi ke?Datang jauh-jauh semata-mata nak kerja 4hours.Nak minta overTime tak boleh -.-Kerja pulak banyak Rules and Regulations~~~*lagu Greyson Chance-Waiting outside the line*
Mama kata,tengok gaji pertama .Berbaloi tak.Kalau tak aku buat keputusan nak quit ! KBai.Assalamualaikum.Ilalliqa'


17 December 2012

So Wordless So Random


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hai Guys.Hai Bloggerians.Hai Follower.Hai Stalker.Hai.Hai.Hai....*semput*

Welcome back after 4 days my experience on new job.Ohh so tired.Penat nak mampuihh hangpa tau?Ok.hari ni Isnin and besok Selasa aku cuti.bukan aku yang nak tapi tapi boss suruh =.= . First day 4 jam pun dah penat .Banyak rules nak kena ikut.Baju mesti berkolar.Warna Hitam.Semua hitam..Dilarang duduk sama sekali.Bukan tak boleh duduk laa.Tapi,Kena alert..bila semua dah settle baru boleh duduk..Hmm*perlu ke cerita?Kau tahu amik order guna apa ?Guna machine-.-.Susah woo nak amik order . Banyak kerja translation .Dari write down --->Translate into navigator----->Print out.baru sampai-.-

Dekat situ..Banyak benda aku belajar.Belajar tepati masa *Punctual*,belajar bercakap.punssss.haha.
Dekat Kenny's tu aku lah junior yang lain semua senior umur 20+.Yang datang situ semua loaded loaded.Tak sah kalau makan paling kurang RM20+..Bila aku jadi server mestilah ada part angkut pinggan ke dapur kan?Masa nak angkat tu,mak aiii banyak gile sisa.Tak bersyukur ke orang ni?Ya Allah.sedih weyh sedih.maybe 30% je dia makan.huh.

Ada satu scene tu,ada makcik n paksik tu bawak cucu dia  lah kot.Dia datang.Aku yang serve .Kalau Rubini serve?Mak Cik tu ada pulak tanya."Dik,makan kat sini Halal tak.?" Aku tergamam.So,aku mulalah berceloteh.Cik.. makanan kat sini semua berunsur ayam.and bla bla bla bla so on.Then dia tanya lagi,"Hmm,macam mana sembelih ?".Aku pun..hmm.."hehe"..tukar topic terus amik order.and bla bla bla.Pada pandangan aku,kalau nak masuk sesuatu restoran or kafeteria or kedai makan tu,kita tengok pekerjanya bossnya and paling penting ada sijil Halal !

Benda yang buat aku masih bertahan kerja kat situ adalah Kak Halawa.and Boss dia Malay.even boss dia agak "stern" sikit. *tarik nafas*Apa-apapun hari Rabu ni aku masuk kerja balik.Aku hara aku kuat.Ameen .

12 December 2012

Kenny Roger Roaster


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Heeee.*Beto ! Beto !  Beto !

Finally ! Setelah berabad berkurun lamanya aku menanam anggur dirumah walaupun dirumahku tiada tanahnya , akhirnya . aku mendapat kerjaan yang pass buat aku ! Alhamdullilah.rezeki berpihak pada aku.Aku bersyukur sangat.Guess what ?Hmm.i'm become a crew of KRR*see title ! brb tai belum sah lagi,selagi aku tak pakai apron KRR tu.Tahu dak cemana aku boleh dapat kerja tu?Padahal takdoo langsung dalam list job yang aku cari.Know what..yang ada dalam list aku tu semua McD,KFC,Kilang,CoolBlog,.tapi semua tu lambat reply,and KRR ni pulok no reply.cemana tu ?ok.Isnin ritu aku ngan dak 2 ekor tu Dek Ajib and Mila went to town to paint town a red . *similes English ni . LOL ><.biasalah duit dah adoo kat tangan walaupun tak setakat 20 30 hinggit.cukuplah untuk menampung tambang pergi balik dan makan and other ole ole.Sepanjang kat bandar tu,yang aku tahu adalh aku nak cari kerja dan mesti dapat haritu juga !Aku dah nekad.Kerja apa2 pun lah aslkan Halal dan tidak membebankan.*Mana ada kerja yang tak fenat.Hmm.Dari satu kedai ke satu ledai aku masuk.dan tanya dan time tu aku terpaksa buat muka tebal and innocent ><.Bermacam-macam jenis wolang aku jumpa.Sombong selfish semua hadoo.First aku terus terjah KFC Kluang Parade.since adik Ajib belum sarapan sebab dia bangun lambat.Aku just apply for a job vacancy.while dek Ajib makan aku pun fill that form.Aku isi semua details2 yang dia nak.and then aku tanya kakak KFC tu, *Kak,confirm dapat ke ni ?* Huh.aku terpaksa tanya macam tu sebab aku tak yakin.Dan time tu kakak tu kata*Hmmtak confirm lagi  la dek , kalau ada kitorang call ea* . Aku pun . Hmm. *Ok , terima kasih kak *.....

Kami 3 beradik meneruskan perjalanan,mencari charger,since charger phone aku tu ghosak.Setiap kedai yang aku lalu aku masuk dan tanya dan isi borang.Tappi tak semua kedai la.just kedai yang kena dengan taste aku which is restaurant.Tapi tak semua jugak yang lain,ada yang aku masuk2 je , terus kata dah penuh.Hampehh betul , mematahkan semangat wolang je .Tapi time tu aku tak putus asa,aku nekad,selagi kaki aku kuat jalan satu Kluang tu,aku teruskan.Sampailah ke Kenny Roger Roasters ! Phewwwwaku Aku tak expect pun , aku just masuk dan tanya ada ke tak job vacancy.And..Ya Allah.Untung bebenor time n langkah kanan nampaknya.Sebab time tu ada Big Boss dia.woa ! peramah and mesra alam ! Dia terus minta aku duduk dan dia tanya macam2.antaranya:
  • Rajin tak?-Of Course. HAHA
  • Ada penyakit ?Jujur tau !-Tak delah kak ><
  • Ada transport nak kesini tak ?-Insya-Allah ada kak
Semua tu dan pelbagai lagi soalan yang aku tak jangka dia kan tanya,dia tanya..and ada satu part tu , dia kata aku loyer buruk.You know what?Susah woo nak kerja ni.
1-Buka Account Maybank.*mesti Maybank tau !
2-Daftar KWSP-Epf tu semua
3-Injet Thypoid.woooo kebas wooo tangan guaa
4-Mesti cun dan meletup . *mana ada . haha .tu diskiriminasi manusia tu namanya !

Ok lah.Really excited for tommorow . 
Tarikh keramat dalam hidup aku 13/12/2012 ; first time job ! Yeah ! Wasalm..

07 December 2012

Day by day >Finally !!

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Day by day left backwards.Serius ! Aku boring  bosan . Setiap hari buat benda yang sama.Naik bosann ! Makan online tidur tengok TV edit gambar ! Aku rasa lebih baik still sekolah !Boleh gak aku selak selaktak perlulah aku nak pandang cahaya yang ber-kontrass tinggi ni >< .Dah la lap ni ghosak >< , software tu hilang software ni corrupt -.- Sakit mata guee .Mesti ada yang kata napa hang tak poie baca novel ka komik kaa ? *Maaf aku bukan hantu novel -.- Komik tu memang gila especially Gempak Starz ! Unportunatly,,,I does'nt have any collection of that comic -.- Tak pa tak paa nanti cek dah dapat gaji cek kumpull bebanyak naa . Hmm,itupun kalau kerja cepat -.- Lambat kerja lambat dapat la\ewwwwww :P..
*Rindu Wan :)
Yeayyyyy ! Besok hari yang dinanti-nanti ! Heading up to Soghombannnnn !  Huii oghang Somban , den datang !! Yeay ! Finally !Hmm.aku harap abah kasik stay sana lama-lama ! *Ya Allah,lembutkanlah hati abah supaya abah membenarkan aku duduk seremban ngan Cik Eda n wawa :)

Hmm,,apa cerita dengan paper SPM aku heh ?Dah mula ditanda ke ?Hmm.aku harap sangat supaya penanda kertas SPM aku tenang hatinya masa tanda kertas aku tu .*Ya Allah,terangilah dan lembutkanlah hati penanda kertas SPM hamba,semoga dia bermurah hati untuk memberi markah . Amin..



06 December 2012

Hari-hari sebagai graduan ?

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari demi hari terus berlalu.Hari-hari sebagai pelajar , hari-hari di zaman persekolahan terus ditinggalkan di belakang.Hanya gambar dan kenangan sebagai pengubat rindu.

Hari-hari sebagai pelajar lepasan SPM terus kulalui.Tidak seperti hari-hari biasa.Tidak seperti biasa.Setiap pagi yang "membuka tirainya" amat berbeza..Fajar,mentari yang ku lihat pada hari ini tidak seperti hari-hari biasa.*Ulangan.

Memang aku akui,setiap pagi mesti time aku bangun terlajak.Selalu dlam 6.40 ,6.50.Bila nak solat rasa was2.Sebab ada yang kata time tu time 'makruh ' untuk solat . even,solat sunat.Sayang,..selalu tertinggal.Qodhok memang tak buatla.Kenapa aku jadi cenggini sebab tak de jadual.And,bangun ikut suka hati -.-Memang tak sama..selalu pagi-pagi mesti dengar bunyi POTPET Tok Rais jual nasi lemak dalam pukul 6.05 cenggitu.Sekarangg?Apa pun tak dengar.Tidur mati -.- Tiba-tiba dengar abah balik,bukak gate.Hmm.suram suram...

Sepanjang 6 hari aku menjadi pelajar lepasan SPM,nothing to do -.- Online makan tidur Zzz..
 Cuma..haritu renew kad pengenalan.AlMaklumla I/c aku tu dah nazak/kusam/suram/*dan yang seumpamanya..So,kena renew lewwww.Semua yang dalam gambar atas ni,semuanya dah ada job masing-masing.Ummu,Qiela,Hawa,Shafikah:'Minah Kilang'.LOL..Mira kerja kedai 2Hengget.Ok letew.Asalkan Halalan Toyyiba .Hmm.aku ni masih mengaggur.Bukan memilih kerja,tapi abah aku x benarkan.katanya "penat kau nanti kak" ..mana ada kerja yang x penat -.- "Akak kerja mengalahkan mama dongan abah,12 jam ><"..Hmm.nak buat bagaimana lagi yaa,harus diturutin..
Just now baru dapat mesej dari Cik Eda."Nanti Saida leh jaga Opis 3 minggu" .. aku : hah ? -.-
Keputusannya masih belum pasti..just wait and see..

05 December 2012

Cg.Kiroh


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Siapa yang familiar dengan foto atas ni ? Pastinya, insan yangbegitu rapat dengan beliau mengenalinya.Cikgu Syakiroh...siapa tak kenal ? First time tengok Album Cikgu Haniza kat Fb dia tu,tertanya-tanya juga mana gambar Cikgu Kiroh lastly,teliti punya teliti jumpa juga.Serius ! Aku rindu gile dengan Cikgu Syakiroh.Time dia nak pindah dulu pun,aku tak sempat nak jumpa dia.Nak minta maaf dengan dia..Dia pindah sekelip mata.Tanpa sebab.Hmm.maybe bersebab.Tak pe,hidup msti diteruskan , dan perpindahan dan penghijrahan tu perkara biasa.Yang bertemu pasti akan berpisah.Yang rapat pasti akan berjauhan...

bout Cg.Syakiroh:
Cikgu Science time 1 Arif
Cikgu Librarian yang peramah dan caring
Baik
Since form 2 maybe,dia dah tak ajar Science lagi,tapi aku masih dapat berhubung dengan dia as,I am a Librarian...
*Aku agak terkilan,time tu nak pindah Seremban,..aku sempat juga jumpa cikgu2 lain , ..berkenaan fail kerja kursus..tapi,,aku terkilan sikit ..time tu cikgu Syakiroh dah panggil aku dah,dia kata dia nak baggi aku something.Time tu memang hectic day ever ! Huru hara , nangi sana nangis sini .Tapi,disebabkan Abah dah panggil aku time tu,tak sempat nak jumpa Cg Kiroh.dan kenangan hanya tinggal kenangan..

Setahun kemudian,aku kembaali semula kesekolah T6,..keadaan dah berubah.Tak macam dulu lagi..Hubungan aku dengan cikgu2 yang aku rapat dulu dah berubah.Semua dah lain..same like Cg Kiroh..She treats me not so well.Aku sedih sikit laa.Cuma adik aku menjadi orang perantara untuk aku send a regards to her...time tu aku dah tawar hati dengan Librarian.especially "kuih talam" , dia asik perli aku je sampai aku down ! Time tu,memang ada khabar angin ,yang kata Cg Kiroh nak pindah,dan time tu aku x de pun.Aku just kirim salam dari jauh.Dan tak pasti CgKiroh terima ke tidak..*Sad story kan ?

Apa-apapun,conguratulation Cikgu Syakiroh.Semoga jodoh kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat ;)
#MissYou.

photo credit to Cg.Haniza.

04 December 2012

Istanbul Aku Datang

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Best Bed Time story ever last night!Woahh ! Ketawa memecah keheningan malam.,aku minta URL dari Sakinah since dia tweet yang dia dah tengok IAD ni . Actually,aku teringin giler nak tengok cerita tu . Tapi time tu tengah SPM and "phokaii" . wahaha.As aku terbaca tweet Kina tu , dengan penuh excited-nya aku cepat2 download.! And,sek baik tenet ok.And, baru malam tadi aku berpeluang tengok . Walaupun bukan High Definition.but seronok !! Suka suka !!
Apa yang membuatkan aku tergila-gila nak tengok cerita ni :sebab ada Beto Kusyairy !! Wohoooo ! *cute.And,Tomok pun ok gak.Lisa Surihani pun comel,ayu and taklah gedik over ! I loikeee!
Time ni,Lisa baru putus dengan Tomok.And guess what,Beto pujuk dia !ada satu scene tu Beto cucikan rambut dia ! *Tengoklah !
Ini lah scene paling "tragis" ,muwahaha .time ni Beto terjah bilik mandi and time tu Lisa tengah "get a bath" !
Seriously,awal2 lagi akku dah guess yang Lisa akan kahwin dengan Beto ! *Cocok !

I'mma pelajar lepasan SPM ?


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

*Serious rindu nak belajar.
Bonjour ! *baru belajar bahasa Perancis.excited nak tulis ni.
Hihi.Lama juga aku tak menaip di blogger ni.Padahal.Setiap hari,tak sah kalau tak Log In blogger.com.*macam log in,padahal tak pernah nak signout*
Seriously,dah 6  hari aku meninggalkan zaman persekolahan.Dan selama 6 hari nilah aku mula bergelar "budak lepasan SPM".Susah nak percaya.Mungkin terima.Walauapapun,hidup perlu/harus/mesti/wajib diteruskan.Kita takkan selamanya budak2.Kita takkan selamanya kanak2.Kita takkan selamanya remaja.Jalan kehidupan kita ni berperingkat.Ada awal ada tengah ada akhir.Ada tak pandai ada kurang pandai ada pandai ada brilliant.Semua peringkat tu InsyaAllah kita akan tempuhi.*rasa nak nangis taip benda ni

Ya Allah.Sukar aku katakan.Kadang-kadang dalam hati aku berkata, "aku nak sekolah lagi" , "aku tak nak jadi besar","aku nak jadi budak2 lagi","aku nak dilayan macam budak2 lagi" ...
Semuatu aku teriakkan dalam hati .Hanya Tuhan je yang tahu,betapa beratnya hati aku ni,nak tinggalkan zaman persekolahan.Zaman persekolahan adalah zaman yang paling lama aku mengenal erti hidup."Nanti,,nak habis sekolah lagi senang.Dapat duit,dapat gaji.Kan Best !!"
Dulu hati aku berkata begitu.Tapi sekarang.Semuanya berubah.Setiap aaapa yang aku nak lakukan,I must think twice or triple !Jangan sampai nasi jadi bubur.and.."Don't let the cat out of bag"..Ya Allah,rindunya aku nak nulis esei .Rindunya nak kena tegur dengan Cikgu Manisah.Dialah yang selalu tegur salah silap karangan aku.Begitu juga Cikgu Hayati.*even,dia selalu puji adik aku,Hana.
Sekarang,segalanya berubah.Aku kena berdikari.Aku kena matang.Fikir baik-baik.
 Lepas ni,aku jumpa orang baru.Semua baru.Yang lama,tinggal sebagai #kenanga.Aku dah tak boleh huha ter-over over.Dah tak boleh pinjam duit.Serious,sepanjang hidup aku Zue Kecik lah orang yang palingg percaya aku.Aku selalu pinjam dia duit.Tapi sekarand,tak tahu senang ke nak jumpa orang macam zue.Even,she is sensitive and quite *ridic*..

*Insya-Allah,ada masa di entri lain,aku akan cerita pengalaman semasa Sijil Pelajaran Malaysia harotu.


19 October 2012

My lil confession


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
*Breathinggg* 
Sijil Pelajaran Malaysia.17 days more.
Siresously . seriously . serious ! Around this 2 weeks anythingg can happend.Aku kena jaga diri baik-baik.Jaga setiap tingkah laku aku . Jaga setiap langkah aku.Jaga..jaaga .

_________________________________________________________________________________

JADUAL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1.Isnin 5 Nov :
Bahasa Melayu : Baca Komsas dengan lebih mendalam.Baca karangan betul2 .
2.Selasa 6 Nov :
Bahasa Inggeris : Baca novel The Curse brtul2 . Fahamkan betul2 .
3.Rabu 7 Nov :
Sejarah : Baca dan hafal paling penting fahamkan 
4.Khamis 7 Nov :
Mathematics , latihan banyak , and paham 100% Insya-Allah A++

Setelah cuti seminggu , sebab hari Deepavali ,Hari Keputeraan Sultan Kelantan dan Awal Muharram :

5.Isnin 19 Nov :
Agama Islam : Kena baca , hafal .
6.Selasa 20 Nov :
Additional Mathematics : Yang ni aku ghisau , aku ghisau tak dapat A . So , latihanlah !
7.Rabu 21 Nov :
Science : Baca fakta dengan lebih mendalam ! And buat latihan , Insya-Allah A++

Khamis Hari Keputeraan Sultan Johor . Cuti till Monday .. and..and next is :

8.Selasa 27 Nov :
Perdagangan : Kena baca and buat latihan lah ! 

LAST PAPER
9.Rabu 28 Nov:
Prinsip Perakaunan : Latihan harus banyak . Insya-Allah A++ !


Sementara aku sempat nak update blog ni , aku mohon kemaafan kepada anda semua.Terutamanya , yang tak jemu-jemu singgah my "crappy blog" ni .Kepada yang batch95 tu , semoga kita sama-sama berjaya didalam Sijil Pelajaran Malaysia nanti . Insya-Allah kita boleh buat yang terbaik .Selagi ada masa ni , penuhkanlah dada korang dengan segala macam ilmu . Kumpullah selagi mampu . 
Forget those =.=
Nota kaki : Untunglah siapa yang dpat pergggggggggggggi Malam Juara Segala Juara nanti -..-

18 October 2012

Bagaimana Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri Baginda ?


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari ni eden nak share dengan korang beberapa tips nak jaga kesihatan diri mengikut Islam, sunnah nabi. Selain tu, un-muslim pun boleh mencubanya.. Tak salah pun :)Den,jumpo artikel ni , time toghojah blog adek FaqihahHusni.Jom baca :


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. sharing is caring.
Assalamualaikum ^^

12 October 2012

Tips memasuki dewan peperiksaan


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Artikel ni aku terjumpa dalam satu laman web ni , aku rasa ianya agak menarik untuk dikongsi , jadi aku copy and paste :)

Tips memasuki dewan peperiksaan
Gambar Kak Madihah sebagai motivasi kita bersama.

1) Masuk dengan kaki kanan – kanan itu berkat

2) Duduk dengan selesa – periksa tempat duduk anda dan pastikan meja dan kerusi terletak rata di lantai, jika tidak, nanti bergerak-gerak pula semasa menjawab, akan menyebabkan hilang fokus.

3) Keluarkan alat tulis – pastikan lengkap pen, pensel, pemadam, pembaris kalau perlu, pengasah pensel dan lain-lain yang perlu

4) Jangan bawa masuk barangan terlarang – telefon bimbit contohnya, simpan di tempat yang selamat, jangan terbawa masuk atau sengaja bawa masuk, silap hari bulan anda akan dituduh meniru.


5) Baca doa penerang hati – baca dengan ikhlas

6) Kalau gemuruh, banyakkan berselawat (lakukan senaman pemulihan pernafasan) – tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama 5-10 saat, kemudian hembuskan nafas perlahan-lahan. InsyaAllah, darah gemuruh anda akan hilang.

7) Senyum – amat penting untuk menambahkan keyakinan anda

8) Bisikkan pada hati “InsyaAllah aku boleh jawab” – ianya satu doa juga satu cara meyakinkan diri sendiri. InsyaALLAH.

Wallahualam.   

02 October 2012

Friend is Priceless


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

:Persahabatn akan lebih manis apabila kita sanggup menelan kepahitan.Kawan , terima kasih diatas segala support yang korang beri pada aku.Terima Kasih.Terima Kasih kerana korang selalu , selalu, dan selalu..
Terima Kasih..Zulaika kau sudi nak berkawan dengan aku , walaupun aku sedar yang aku selalu membebankan kau.Kau terima aku seadanya.Terima Kasih selalu tegur salah silap aku.Terima Kasih..
Masa aku terjumpa gambar ni , rasa nak nangis pun ada,rasa sayu pun ada.Qila..Hawa..Zulaika.,Mira,,Pika,,Ummu,,Aini,,and all the Brr9 Crew : /Rindu..rindu nak makan goreng pisang,keropok lekor,ABC,Cendol,yang paling momento sehari before puasalah , kitorang tong tong duit, buat Koktel !.Woah !Lepas tu kita ambil gambar posing macam-macam kan , lepas tu ingat nak upload dekat Fb tapi nak tunggu lepas SPM.Biar nampak oldah sikit.Oldah ? Whats whats that ? Hoho.


BtheWay , tengok tak advertisment dekat TV ? Yang tu..yang Janji ditepati tu,,wooo sayu woo,yang lagu "Terima Kasih" tu.."Terima Kasih , ku ucapkan kepadamu...tututururururur" ,ahaha tak ingat...Tapi lagu tu penah penuh bermakna dan penuh dengan isi tersirat..
Aku confuse,nak pergi Malam Anugerah Juara Segala Juara ke tak.Masa malam tu , lagi 4 hari je nak SPM.4 Hari !