السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Artikel ni aku terjumpa dalam satu laman web ni , aku rasa ianya agak menarik untuk dikongsi , jadi aku copy and paste :)
Tips memasuki dewan peperiksaan

Gambar Kak Madihah sebagai motivasi kita bersama.

1) Masuk dengan kaki kanan – kanan itu berkat
2) Duduk dengan selesa – periksa tempat duduk anda dan pastikan meja dan kerusi terletak rata di lantai, jika tidak, nanti bergerak-gerak pula semasa menjawab, akan menyebabkan hilang fokus.
3) Keluarkan alat tulis – pastikan lengkap pen, pensel, pemadam, pembaris kalau perlu, pengasah pensel dan lain-lain yang perlu
4) Jangan bawa masuk barangan terlarang – telefon bimbit contohnya, simpan di tempat yang selamat, jangan terbawa masuk atau sengaja bawa masuk, silap hari bulan anda akan dituduh meniru.
5) Baca doa penerang hati – baca dengan ikhlas
6) Kalau gemuruh, banyakkan berselawat (lakukan senaman pemulihan pernafasan) – tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama 5-10 saat, kemudian hembuskan nafas perlahan-lahan. InsyaAllah, darah gemuruh anda akan hilang.
7) Senyum – amat penting untuk menambahkan keyakinan anda
8) Bisikkan pada hati “InsyaAllah aku boleh jawab” – ianya satu doa juga satu cara meyakinkan diri sendiri. InsyaALLAH.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment