02 February 2016

Takdir dan Waktu


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hmm..macam tajuk lagu pulak tajuk entri aku kali ni...

Yup..takdir dan waktu. Semuanya tak dapat di duga. Walau seusaha mana kita cuba elakkan perasaan tu, walau sekuat mana kita cuba tepis lambat laun kita akan rasa...

Back to the topic..
Sedang sibuk baru balik kerja satay semalam, lepak lepak tu scroll la insta sekijap...maka ternampaklah gambar majlis persandingan Imam Muda Najdi dan pasangannya. Ya..terkejut jugak pada mulanya..Takde kata tunang ke apa ..Diam-diam ubi berisi..Ya..mesti ramai gadis gadis kat luar sana yang hampa kan..Haaa termasuklah aku hahaha *gurau jer* . Jujur aku katakan, benda benda macam ni lah yang aku suka, "diam-diam ubi berisi" gitu. Baru surpriseeee ~

Tahniah ya Imam ! Nanti kenduri kat Seremban jemputlah semua warga Bukit Chedang , kekeke

Bila stalk punya stalk rupa-rupanya tempoh perkenalan dan pertemuan mereka ni, tak sampai setahun pun. Tapi memang tak dinafikan, diorang ni pernah jumpa before this , ex-schoolmates la katakan...
Memang...semuanya ketentuan Allah..banyak banyak lah berdoa,moga moga kita sentiasa diberikan nikmat yang diberkat , jangan sampai leka. Jangan sampai nikmat yang kita terima tu,membuatkan kita jauh  dari Allah :)
Ohh Tuhan , ku mahu yang terbaik...terbaik buatku insan kerdil ini..
xoxo @Sydalina