22 March 2013

Ingin mengetahui personaliti dalam memilih program ?


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Photo: Lepas ni dah tak dapat nak bergambar macam ni lagi . *Tahniah u ollss*
Result declaration.

Aku dah jalani ujian kenali personaliti di http://www.selangkah.uitm.edu.my/ujian-minat-kerjaya.cfm , dan inilah hasilnyaa.

ARTISTIK : Kreatif, berdikari, tidak suka dikongkong

Anda merupakan seorang individu yang kreatif dan berminat dalam bidang seni dan budaya. Anda seorang yang sukaberdikari dan sangat menghargai kepada ekspresi kendiri serta banyak bergantung kepada kekuatan emosi dan imaginasi. Anda sering berhubung dengan orang lain secara tidak langsung menerusi pelbagai cara dan medium. Kebiasaannya, anda tidak suka dikongkong dalam melakukan sesuatu kerja. Anda suka kepada kerja-kerja yang melibatkan kemahiran atau bakat diri dalam menghasilkan sesuatu produk, idea atau persembahan. Anda melihat diri sendiri sebagai mempunyai keupayaan dari segi muzik atau artistik. Kebiasaannya, anda inginkan kebebasan dalam bekerja untuk menghasilkan sesuatu idea, bentuk atau produk baru. Anda selalunya seorang yang mudah tersentuh dari segi emosi dan sangat menghargai keindahan dan nilai-nilai estetika. 
KONVENSIONAL : Berstruktur, berhati-hati, teliti

Anda merupakan seorang individu yang suka bekerja dengan data, angka dan mempamirkan ketelitian dalam sesuatu kerja. Anda selesa bekerja dalam suasana kerja yang berstruktur dan jelas dari segi arahan, peraturan, skop tugas dan autoriti. Anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugas dan mempamirkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Anda selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan samada dalam kehidupan peribadi atau urusan di tempat kerja. Anda memberi nilai yang tinggi kepada prestij dan status diri. 

INVESTIGATIF : Analitikal, rasional dan saintifik

Anda merupakan seorang individu yang analitikal, berdikari dan suka terlibat dengan aktiviti penyelidikan. Anda menganggap diri sendiri sebagai seorang yang rasional, mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan gemar terlibat dalam kajian-kajian berbentuk saintifik. Kebiasaannya, anda lebih selesa bekerja secara sendirian daripada berkumpulan. Anda suka membaca buku-buku bercorak saintifik dan teknikal. Anda mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan suka berfikir untuk mencari fakta kepada sesuatu jawapan. Walau bagaimanapun, anda agak kurang berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sosial. 

xoxo @Sydalina

No comments: