17 December 2011

Cara bersihkan Skrin Laptop

Emm,dah berabuk dah Lappy mak aku ni haa,ada la sikit aku lap tapi,takut pulak kalau ada effect apa-apakan.Emm,bila segalanya ada dihujung jari anda,aku pon,search laa kat Google.Hoho,,baca lah kat bawah ni ye,
Sama ada pc atau laptop, ianya mempunyai persaman iaitu skrinnya tetap mengumpul habuk dan kotor. Lama kelamaan ianya akan melekat dan sukar dibersihkan. Korang tak boleh gunakan berus atau tisu biasa. Gunakan air juga sudah tentu tidak dibenarkan melainkan korang memang dah bercadang nak beli skrin baru.

Untuk membersihkan skrin, cara terbaik adalah menukar background skrin kepada warna hitam dan sembunyikan segala icon yang ada kat desktop tu. Gunakan kain mikrofiber yang digunakan untuk mengelap cermin mata. Jangan kelirukan diri dengan mikrofiber dan karbon fiber. Karbon fiber tu korang nak buat bumper kereta bolehlah.

Lap perlahan lahan kain mikrofiber keatas skrin. Jangan tekan atau gosok macam korang nak basuh boxer. Karang tak pasal pasal korang beli skrin baru pulak. Untuk menghilangkan kesan degil, korang boleh gunakan pencuci khas untuk skrin.

Semburkan pencuci tu pada kain mikrofiber barulah dilap keatas skrin. Pastikan pencuci tidak digunakan terlalu banyak kerana ianya boleh meninggalkan kesan keatas skrin.Selepas dilap, biaukan skrin kering sendiri. Korang boleh mencuci skrin seminggu sekali untuk mengelakkan habuk melekat terlalu lama pada skrin.-
credit:http://sukns.blogspot.com/2011/11/bersihkan-skrin-laptop.html



Jom Klik Banner bawah ni,pelbagai Hadiah dan voucher menarik menanti anda!Don't forget to click it !

No comments: