24 November 2011

Muhasabah diri

Imam Nawawi mengatakan bahawa ulama bijak pandai merumuskan terdapat 10 sifat yang dibenci oleh Allah SWT yang timbul dari sepuluh macam golongan iaitu :

1. Sifat ujub yang timbul daripada orang-orang yang zuhud.
Ujub tu maknanya sombong atau meninggi diri. Tapi dari segi ayat yang kat atas ni maksudnya, merasakan diri sudah soleh dan menganggap ibadah yang dijalankan sudah cukup oleh orang yang zuhud.

2. Sifat bakhil yang timbul daripada orang kaya.
Maksudnya, kalau awak kaya, jangan lupa orang yang susah. Jangan lupa keluar zakat, atau sedekah kat orang yang nak bina surau ke.

3. Sifat sombong yang timbul daripada orang yang fakir.
Hmm...(Thinking) Orang yang miskin tak boleh sombong.

4. Ketamakan yang timbul daripada ulama.
Ulama ( orang-orang yang berilmu ) kenalah sebarkan ilmu yang dimiliki.
5. Sifat tak malu yang timbul daripada wanita.
Astaghfirullahalazim.. Saya sendiri sebagai seorang perempuan akan berusaha menjauhkan diri daripada sifat ni. Insya-Allah, aminn.

6. Cintakan dunia yang timbul daripada orang tua.
Bak kata pepatah, rumah kata pergi, kubur kata mari.

7. Sifat malas yang timbul daripada kaum remaja.
Ok! Lepas ni tak boleh malas2 lagi. Mesti rajin tolong ibu, rajin belajar.

8. Kezaliman yang timbul daripada pemerintah yang berkuasa.
Hmm.. Betul betul betul.

9. Sifat pengecut yang timbul daripada pasukan perang.
Haa,, bukan perang lawan pedang je tau. Pergi sekolah belajar pun berperang juga. Betullah, sebab ustazah saya dulu pernah cerita, kalaulah awak datang sekolah pagi2 dengan niat nak belajar, tiba2 masa balik awak kena langgar kereta, meninggal. Syahid maknanya. Kalau macam tu, orang yang ponteng sekolah tu pengecutlah namanya.

10. Sifat riyak yang timbul dalam kalangan ahli ibadah.
Solat, contohnyalah, jangan depan orang je bersungguh-sungguh, belakang orang haram.

Credit to Nadia Khalil

No comments: